Bengkel Asas Shopee Bersama Usahawan AIM
24 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2024, Jumaat PEDi Kg Gunung Hilir dengan kerjasama Rakan Digital telah mengadakan Bengkel Asas Shopee Bersama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kota Setar. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai asas digital perniagaan kepada usahawan AIM Cawangan Kota Setar.
Antara modul yang telah diberikan adalah pengenalan & kelebihan Shopee, Seller Centre, Cara Muatnaik Produk Usahawan dan Pembungkusan dan courier.
Para usahawan AIM Cawangan Kota Setar yang menyertai sangat berpuas hati dan meminta untuk membuat kelas lanjutan bagi memantapkan ilmu perniagaan mengenai shopee. Berikutan usia mereka dalam lingkungan 40an hingga 60an, sesi kelas lanjutan diperlukan untuk mereka mahir dalam setiap modul. Platform Shopee ini juga adalah salah satu platform bisnes e-dagang yang terbesar di Malaysia dan mereka berpeluang untuk menjana pendapatan secara tidak langsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: